Monday, May 17, 2010

AKAN SAMPAIKAH AMALAN KITA KE LANGIT-LANGIT ALLAH

Artikel ni sy ambil daripada seorang hamba Allah,berkisar tentang amalan kita di dunia..semoga ambil ibrah daripadanya..sekadar mengingatkan diri..sama2 beramal kerana-Nya.

Peringatan untuk semua kaum muslimin. Kepada yang baru membaca hadis di bawah, semuga menjadikan peringatan kepada kita yang sentiasa lalai dan alpa. Kepada yang telah membaca hadis ini ’refresh ’ kembali sama-samalah ingat memperingati sesama kita.

Firman ALLAH : ” KepunyaanNYA lah langit dan bumi . Dia menghidup dan mematikan dan DIA MAHA BERKUASA atas sesuatu” (Surah ALHadid: :2)

Dan firman ALLAH lagi:” Perintah ALLAH berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawsanya ALLAH MAHA KUASA atas segala sesuatu , dan sesungguhnya ALLAH, ilmuNYA benar-benar meliputi segala sesuatu” (Surah Ath-Thalaq:12)

Seorang sahabat Khalid bin Ma'dan berkata kepada Mu'adz bin Jabal , "ceritakankanlah kepada kami apa2 yang kamu dengan daripada Rasulullah s.a.w"
Lalu Mu'adz terus menangis seperti tidak mahu berhenti.

Kemudian Mu'dz mula bercerita, " Semasa aku membonceng di belakang kenderaan Rasulullah, tiba-tiba Rasulullah memandang ke langit lalu mengucap:
(Segala puji bagi ALLAH yang memutus dan menentukan keadaan makhluk sebagaimana yang dikehendakinya), kemudian Rasulullah memanggil Mu'adz dan berkata '

"Saya akan menceritakan kepadamu sesuatu yang tak pernah diceritakan oleh seorang nabi pun pada ummatnya, Jika kamu ingat2 selalu dan peliharakan akan dia
maka ia memberi manfaat kepada mu tetapi jika engkau tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujahmu pada ALLAH, tidak dapat kepada ALLAH di hari qiyamat kelak.
Rasulullah bersabda lagi "Hai Mu'adz ,bahawasanya ALLAH TA'ALA telah menjadikan tujuh malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi.
Untuk tiap langit ditugaskan 1 malaikat dan tiap pintu ada penjaganya.

~Maka Malaikat yeng memelihara amal hamba ALLAh yang dilakukan dari pagi hingga malam, ,
kemudian dibawa naikke langit, ianya bercahaya bagaikan matahari,
hingga sampai di langit dunia.(langit pertama), Dikira cukup baik dan banyak amalannya, tiba-
tiba malaikat berkata : Berhenti! Lemparkan amalan ini ke muka orang itu
dan katakan kepadanya :Semoga ALLAH tidak mengampunkan ia , Saya bahagian Ghibah,
sedangkan orang ini selalu menghibah(umpat) orang-orang muslimin .

~ Malaikat hafadhah membawa naik amalan yang bercahaya terang sampai ke langit ke 2. Tiba
Malaikat berkata : Berhenti dan lemparkan amalan ini kepada orangnya,
katakan kepadanya :Allah tidak akan mengampun baginya kerana ia beramal hanya untuk
mencari kemewahan dunia., Saya bagi urusan dunia"

~Kemudaian naik pula malaikat hafadhah ke langit ke 3 membawa amalan hamba ALLAH
daripada yang amat banyak bersedekah,solat dan puasa dan amat bercahaya
sekali seperti kilat . Tiba-tiba Malaikat berkata : Berhenti! Lemparkan amalan itu kepada
orangnya dan katakan kepadanya bahawa ALLAH tidak
mengampunkannya. Ini kerana dia Beramal tetapi menyombongi orang-orang dimajlis-
majlis mereka.

~ Naik pula Malaikat Hafadhah itu ke langit ke 4 membawa amal hamba ALLAh yang sangat
bercahaya dan berkilau seperti bintang disebabkan banyak amalan ,bertasbih dan
kerana puasanya. Maka Malaikat tiba-tiba berkata : Berhenti! Lemparkan amalan itu
kemukanya dan katakan ; ALLAh tidak akan mengampunkannya.Saya bahagian
ujub (bangga diri), siapa yang beramal dan bangga diri dengan amalannya tidak dibenarkan
amalan itu melepasiku. Lalu amalan itu dilemparkan kepada orangnya
dan disertai laknat selama tiga hari.

~ Dan naik Malaikat hafadah ke langit ke 5.membawa amalan seorang hmab ALLAH, gemilang
bagaikan pengantin yang diarak kepada pasangannya.Amalan itu penuh dengan jihad
sembahyang (banyak berbuat solat diwaktu tengah malam). Tiba-tiba Malaikat berkata :
Berhenti ! Orang ini tidak layak amalannya melepasi ku kerana dia seorang yang mempunyai
hasad dengki kepada orang-orang yang belajar dan mengajar dan beramal kerana
ALLAH. Dan selalu Ia mencaci mereka itu, lalu dipikul di atas bahunya sambil dilaknat
selama hidupnya.

~ Malaikat hafadhah naik pula langit ke 6 dan membawa hamba ALLAH yang becahaya seperti
cahaya bulan, daripada wuduk dan solatnya serta banyak melakukan solat malam ,
zikir, haji dan umrah serta jihad dan puasa. Tiba-tiba Malaikat berkata: Berhenti! Lemparkan
amalan-amalan itu kepada tuannya. Kerana dia tidak mempunyai sifat
belas kasihan kepada yang mendapat bala, bila melihat orang terjerumus dalam dosa
atau bahaya, diejek dan dicemoh. Dia tidak mempunyai rasa
hormat kepad yang lain, maka ALLAH melarang amalannya melepasiku.

~ Kemudian Malaikat hafadhah naik ke langit ke 7 . Membawa amalan hamba ALLAH daripada
solat, berpuasa,jihad, jujur dan sifat waraknya , bercahaya bagaikan matahari
serta 3000 malaikat mengiringinya . Tiba-tiba Malaikat berkata: Berhenti! Lemparkan amalan itu
kepada orangnya dan tutup hatinya. Saya bahagian Hijab. Amalan
yang dilakukannya bukan kerana ALLAH hanyalah kerana inginkan nama dan
kedudukan. Ia tidak ikhlas beramal kerana ALLAH malah riak melakukan
amal -amal itu.

~ Akhir sekali Malaikat hafadhah membawa amalan orang yang berhias dengan semua amalan2
di atas dan akhlak baik dan diam dan banyak berzikir.Dihantar oleh
malaikat2 ke bawah arsy, lalu mereka bersaksikan ke atas semua amalan itu.
Tiba-tiba ALLAH Ta'ala berfirman : Kamu mencatat amal hamba KU dan AKU yang
mengawasinya hatinya. Dia tidak beramal untuk keredhoan KU, dia beramal untuk selain
dari KU, maka ia mendapat laknatKu. Lalu semua malaikat
berkata: Selayaknya ia mendapat laknat Mu dan laknat kami, penduduk langit berkata ia
mendapat laknat ALLAH dan laknat tujuh petala langit dan bumi dan laknat
kami.

Selepas mnendengar penerangan Rasulullah, Mu'adz r.a. terus menangis dan bertanya ,
" Ya Rasulullah , apakah yang harus aku perbuat?"

Jawab Rasulullah s.a.w. "Hai Mu'adz ikutilah jejak nabimu dan teguhkan keyakinanmu meskipun amalmu kurang, hentikan lidahmu daripada membicarakan hal saudaramu, hendaklah selalu ingat dosa-dosamu dan jangan kamu tanggungkan dosa itu pada orang lain dan jangan memuji-muji dirimu dengan mengaibkan atau memburukkan orang lain, dan jangan sombong diri dengan merendahkan saudara-saudara mu dan jangan beramal untuk dilihat atau dipuji.

Rujukan dari buku Hidayatul Salikin. : Syeikh Abd Somat Falambani
(Kitab ini ditulis dalam jawi (bahasa melayu lama) yang dipinjam kan oleh ustazah sekolah saya. Dengan bantuan dia , Alhamdulillah, saya dapat menterjemahkan ke bahasa melayu yang mudah difahami. Sekira ada kesilapan tolonglah betulkan saya, ianya di atas kelemahan saya sendiri)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerana sifat-sifat tersebut sudah menjadi daki pada manusia. Dan daki itu jika tidak disental selalu dengan bersungguh maka ia tak akan terhakis, ia akan semakin menebal.Sifat-sifat itulah yang sering dilakukan dengan sengaja atau sebaliknya tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ia merupakan 'pembunuh iman secara senyap' dan penghapus segala amalan yang dilakukan. Rugilah kita sekiranya sifat-sifat mazmumah ini tak dapat kita kikis kerana amalan-amalan yang dilakukan selama bertahun-tahun tak di kira disisi ALLAH subhanahuwata'ala. Bertambah malang lagi bila ia menimbulkan kemurkaan ALLAH dan tempatnya sudah pasti dineraka........ Walyu'azubillah.

Bila membaca hadith di atas hati berdebar-debar. Termenung seketika mengenang nasib diri ini bagaimana pula. Akan sampaikah amalan ku ke langit-langit ALLAH ?

No comments:

Post a Comment