Monday, July 18, 2011

Lamunan

tersedarku dari lamunan pabila seseorang yang kurasakan ku hormati keperibadiannya dan bagiku sangatlah baik dalam cara penulisan blognya yang lebih banyak membuka minda para blogger menegurku secara baik.
Ku mulai faham bila kita ingin mempunyai blog,seharusnya niat dan matlamat dalam blog kita itu yang penting.Tak kira dalam skop apakah blog kita itu kerana yang penting adalah keikhlasan kita untuk berblog dan orang yang baca blog kita itu akan follow kita secara rela jika karya atau hasil penulisan kita sendiri menimbulkan rasa atau kesan yang baik dalam kehidupan seseorang.
Jadi,mulai hari ini dan seterusnya,ingin aku nukilkan dan garapkan apa yang baik dalam kehidupan ini. Kerana sesuatu yang kita mulai itu sangat berharga dan bernilai jika kita mengikhlaskan apa yang kita lakukakn ini kerana Allah S.W.T.

ni kata nasihatnya,maaf akh..tak reti nak tagged
"Dalam berblogging, tak perlu untuk suruh orang lain follow blog kita. Kalau orang suka dengan karya kita. Orang tu akan follow dengan rela hati. InsyaAllah :)"
nasihat yang baik,

ku hanya baru bermula dan bertatih dalam blog..kerana ku percaya permulaan itu satu perjuangan yang takkan pernah lelah dan putus asa pada rahmat-Nya..terima kasih kerana baru tersedar dari lamunan angan-angan.

Moga apa yang kita lakukan dalam dunia ini akan diterima-Nya..

No comments:

Post a Comment